Monday 16 July 2012

nasi mandy... i like ..double thumb

Nasi mandy adalah makanan utama semasa chef di Yeman, chef belajar membuat nasi mandy semasa pengambaran spice season 1 . Negara yang chef lawati seperti Turkey, Morocco, Mesir,Syria. Nasi Mandy adalah yang terbaik, cara penyediaannya yang agar ringkas berbanding penyediaan memasak nasi Braini Dampur yang berasal dari Laknow di India. Biasanya Nasi Mandy di hidang dengan Ayam Panggang berempah dan salad tomato dengan timun. Cara penyediaan bahan masakan sama seperti Nasi Minyak minyak tapi perbezaanya nasi ianya mengunkan teknik menumis dan Nasi Mandy pula bahan-bahan rempah ratus di gaul dengan beras basmahti kemudian barulah di masukan air rebusan daging atau air panas biasa.

RESEPI : NASI MANDY
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 30 MINIT
BAHAN:

4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam

Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN,HIRISAN HALIA,HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.


RESIPI 2: TOMATO SALSA
4 biji Tomato di buang biji - di potong dadu kecil
1 biji Timun - di buang biji - di potong dadu kecil
2 ulas Bawang besar - di buang biji - di potong dadu kecil
2 biji Air limau nipis
1/2 cawan Mayonnaise
1 sudu kecil Daun ketumbar - di cincang
4 biji Cili padi - di cincang
1 sudu kecil Garam
1 sudu makan Gula Pasir

Cara:
Masukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk , kemudian gaul hingga rata. setelah siap bolehlah di hidang dengan ayam panggang.


sumber :http://chefsabri.blogspot.com

No comments: