Monday 23 July 2012

hampir 5 bulan

Minggu 18
Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.
Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.

hari pertama puasa hari tu, aku dpt rasekan tendangan pertama dari org dlm peyut ni.. ops.. terkezut mak .
so far alhamdulillah, masih lagi berpuasa walaupun aku tak konfiden .. entahla .. kali ni punyer prenentcy.. aku x yakin yg aku boleh pose.. badan aku mmg sgt2 lah lemahnyer.. dgn tuntutan kerja seharian yg menahan sabar jer ..
dah ari ketiga puasa, kami sefamily lum lagi menjejakkan kaki kat bazar ramadan.. entah kenaper aku lagi selesa masak sendiri. hari pertama meehun goreng+ daging+ayam kicap+nasi putih+sirap bandung soda... kelas kan
hari kedua nasi arab+ayam goreng berempah +rutb
entah aper hangin nyer.. aku seronok sgt nak masak...
gambo ??? lum sompat nak transfer lagi...

No comments: