Friday, 14 September 2012

keinsafan diri sendiri ...

 12 barisan di Akhirat
 Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah
SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan 
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18 
 
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, 
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan 
apakah 12 barisan tersebut :- 
 
Barisan Pertama 
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..." 
 
Barisan Kedua 
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan 
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..." 
 
Barisan Ketiga 
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh 
dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

 
Barisan Keempat 
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..." 
 
Barisan Kelima 
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. 
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 
 
Barisan Keenam 
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali 
mereka adalah neraka..." 
 
Barisan Ketujuh 
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka 
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..." 
 
Barisan Kelapan 
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..." 
 
Barisan Kesembilan 
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta 
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..." 
 
Barisan Kesepuluh 
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka 
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

 
Barisan Kesebelas 
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka 
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..." 
 
Barisan Kedua Belas 
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka 
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya... ..Wallahua'alam. 
 
WASSALAM. 

Thursday, 13 September 2012

teka.. apakah itu

isnin..selasa..rabu...khamis... yg tak best..

senin ..
first check up kat PPUM.. sampai dlm kul 9.. sebabnyer guna driver.. so, harusla menunggu driver bersiap2. dah siap minum air gula walaupon aku ckp kat nurse tu baru jer bekpes..
lagi sejam kene amik drah.. dlm menunggu amik darah tu, nama dipanggil. masuklah aku berjumpa dgn dok. aku bole tak hengat biler firstday period terakhir aku.. wakakak..tahap kronik ni ....
memandangkan waktu hampir ke tengahari.. maker dgn rasminyer aku dpt mc... balik pas mamam terus bom..

selasa...
topik suria arini 'petanda'.layan gak la ..pas tu otw opis tingkap jazzzzzzz x ble naik.. cam biasa call ayahanda tercinta .. utk direpairkan.. tup2 boleh naik sendiri plak.. ok. punch kul 8.25 pg... kira lambat arrr tu .
pas tu aku buka email.. nora plak masuk sepital ... adeh.. apakah? baru jer minggu lepas aku bergurau senda dgn dier.. tak puas hati, aku call dier. dier dah ader kat umah. katernyer dier mengadung luar rahim. baru sebulan. pas tu keguguran.... tu yg dioperate nyer.. yg menjadi kemusyiklan aku ni, dier pakai iud.. cam ler leh tersangkut.. dgn kater lain ... tu semua KUASA TUHAN. KUN FA YA KUN , MAKA JADILAH IA.
pas tu, somi k. yanz plak kat ppum ICU lg ... perh.. agak2 biler la nak dengar berita best..

rabu.....
hanya kerana hujan yang maha lebat mlm tadi, maka dipagi harinyer berlakulah kesesakan lalulintas yg maha hebat... dari kul 7.30 aku kat mrr2 .. sampai la kul 9.21 aku punch in....
perh...... terbaik.... mujur bos nan hado ... rasenyer cam dah lamer tak jadi cam ni... selalunyer aku pantual jer waktu keje. paling lmbt pon 8.28 .... ari ni pon g dgn driver ...

khamis....
tayar kete plak pancit.. aper lagi ... mujur g dgn driver... kalo tak El gak ler ari ni.
lunch tadi terdengar gosip mengatakan laki k.yanz dah meninggal. terkejut beruk la aku coz baru sat2 jer aku tengok status fb dier laki dier dlm icu lagi.. adeh. aper lagi menjerit aku dkt kembar aku ajak g sepital.
sah itu hanya gosip.. laki dier masih idup lagi ... dan utk pertama kalinyer aku menjejakkan kaki kat icu. berdebar2 rasenyer mase menjejakkan kaki dlm icu tu .
aku hanya mampu doakan semoga laki k. yanz cepat sembuh. kalo dah ditakdirkan jodoh k.yanz dgn laki dier smpai sini.. maka redhakan lah...
ermm cakap org senang arr.. cer kalo kene batang idung sendiri .. mau terduduk.....

jumaat...
yg pastinya akan ada kenduri tingkat ... jamuan rayer 13 A.......

Friday, 7 September 2012

tema rayer 2012



ya ampun... kenaper lak le samer dgn tikar kat kampung.....
ni ler akibatnyer kalo sekali setahun baru balik kg...
mari gelak berjemaah...

Wednesday, 15 August 2012

15 Ogos 2012 = 26 Ramadan 1433

hari - hari terakhir di pejabat yg baru di bulan pose 1433 hijrah... di kala hujan lebat melimpahi dunia ciptaan ILLAHI...

raya.. erm... shoping habis dah.. but still nan hado mood itu.. entahlah.. banyak sgt dugaan yang diterima sehingga menyebabkan raya pon tak terasa lagi. so , far aku penuh pose lagi. tahun depan lum tentu lagi .. entahkan jumpa entahkan tidak...

dikesempatan ni.. sepuluh jari disusun, (kalo tak cukup, diberi sekali jari kaki ..) memohon keampunan kepada pembaca-pembaca disini.

jumpa lagi  selepas rayer....

Friday, 10 August 2012

aper sudah jadi ...


giniler keadaan bilik aku yang dilanggar garuda... gambo diambil seminggu sebelum nak pindah...

sakit tul mata memandang.. lagi sakit perut mengemas...

dan akhirnya ... today... 10 ogos 2012 bersamaan 21 ramadan ... berpindahlah aku secara rasminyer ke tingkat 13 a. suasana baru, kawan baru , kene menyesuaikan diri semula...
banyak kenangan di tingkat ni.... sweet memory...... :)