Pelantun lagu 'Tanpamu', Amir Jahari telah memilih bulan Oktober bagi menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan hatinya, Cik Amni yang juga tunangannya selama tiga tahun. 
 
Perkahwinan kami akan diadakan secara tertutup di Sarawak dan hanya dihadiri oleh sahabat, saudara serta keluarga terdekat sahaja. 
 
"Saya sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga walaupun baru berusia 21 tahun. Saya berasa begitu bertuah kerana mempunyai tunang yang berfikiran terbuka dan matang memandangkan usianya yang 5 tahun lebih tua dari saya,” kata Amir yang dipetik daripada Gua.com.my.
 
Menyentuh mengenai karier seninya, Amir kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya yang berjudul 'Gelisah'. Selain itu, Amir juga baru sahaja selesai menjallani penggambaran drama sempena Ramadan untuk TV3 yang berjudul, OMG (Ohsem Music Gruop).