Thursday 26 July 2012

uit.. rajinnyer...

entah maner dtg angin tetiber jer rase nak main masak2. dah ari ke 6 pose.. masih lagi tidak menjejakkan kagi kat pasar ramadan.. terbaikkkkk.
berbuka semalam dgn nasi minya+ayam merah+acar buah. lengkap semuanyer... menjadi gak mak nyer nasi minyak walaupon tertinggal resepi. alhamdulillah.. pas ni leh repeat lagi. ayam merah sponsor by my mum and acar buar sponse by k.su kat nursery adham.. projek pas ni.. nasi daging menyusul.... :)

Monday 23 July 2012

makan burasak bersama ni pon sodap..

Resipi Daging satay

1 kg daging
jintan manis
jintan putih
halia
serai
kunyit
gula
garam

tingin sgt nak makan ni

Resepi Buras Bugis

Bahan-bahan:Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.

Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).
Cara-caranya:
Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan.
Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api.
Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar saja). Bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.
Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu)
Sila ikuti panduan gambar untuk membungkus buras.
buras31
Cara mengikat buras:
Susun bungkusan bertiga-tiga atau berempat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 in, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Buras hampir siap.
buras41
Memasak buras:
Rebus buras selama 1-3 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan ayam masak lengkuas. Sure brasap punya…

hampir 5 bulan

Minggu 18
Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.
Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.

hari pertama puasa hari tu, aku dpt rasekan tendangan pertama dari org dlm peyut ni.. ops.. terkezut mak .
so far alhamdulillah, masih lagi berpuasa walaupun aku tak konfiden .. entahla .. kali ni punyer prenentcy.. aku x yakin yg aku boleh pose.. badan aku mmg sgt2 lah lemahnyer.. dgn tuntutan kerja seharian yg menahan sabar jer ..
dah ari ketiga puasa, kami sefamily lum lagi menjejakkan kaki kat bazar ramadan.. entah kenaper aku lagi selesa masak sendiri. hari pertama meehun goreng+ daging+ayam kicap+nasi putih+sirap bandung soda... kelas kan
hari kedua nasi arab+ayam goreng berempah +rutb
entah aper hangin nyer.. aku seronok sgt nak masak...
gambo ??? lum sompat nak transfer lagi...

Thursday 19 July 2012

kejap jer ..

* Minggu 17
Bayi AndaAnggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.
Tubuh andaPinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.

Monday 16 July 2012

nasi mandy... i like ..double thumb

Nasi mandy adalah makanan utama semasa chef di Yeman, chef belajar membuat nasi mandy semasa pengambaran spice season 1 . Negara yang chef lawati seperti Turkey, Morocco, Mesir,Syria. Nasi Mandy adalah yang terbaik, cara penyediaannya yang agar ringkas berbanding penyediaan memasak nasi Braini Dampur yang berasal dari Laknow di India. Biasanya Nasi Mandy di hidang dengan Ayam Panggang berempah dan salad tomato dengan timun. Cara penyediaan bahan masakan sama seperti Nasi Minyak minyak tapi perbezaanya nasi ianya mengunkan teknik menumis dan Nasi Mandy pula bahan-bahan rempah ratus di gaul dengan beras basmahti kemudian barulah di masukan air rebusan daging atau air panas biasa.

RESEPI : NASI MANDY
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 30 MINIT
BAHAN:

4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam

Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN,HIRISAN HALIA,HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.


RESIPI 2: TOMATO SALSA
4 biji Tomato di buang biji - di potong dadu kecil
1 biji Timun - di buang biji - di potong dadu kecil
2 ulas Bawang besar - di buang biji - di potong dadu kecil
2 biji Air limau nipis
1/2 cawan Mayonnaise
1 sudu kecil Daun ketumbar - di cincang
4 biji Cili padi - di cincang
1 sudu kecil Garam
1 sudu makan Gula Pasir

Cara:
Masukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk , kemudian gaul hingga rata. setelah siap bolehlah di hidang dengan ayam panggang.


sumber :http://chefsabri.blogspot.com

sports day aiman- stadium UIA


dlm perbarisan TKRS ~ Tunas Kadet Remaja Sekolah

wakil rumah biru .. tetiber ader avenger daaaa


wakil rumah kuning.. ala2 gladiator


si tome tome with new teddy


ohhh teddy... kemaner ko sblum ni .. puas saya cari


seronot nyer .. kiter jumper kembali...

tayanggggggggggggggggg teddy


ok teddy.. senyum.. mama nak ambil gambo tu ..


senyum lagi... kali ni kasi kuar lidah key


ohh teddy dah gemuk laaaa


alaaaa bucuk...bucukk ....bucuk...


Friday 6 July 2012

11 tahun sudah


masih ingat lagi gambo ni ... 1 Julai 2011 .. genap 11 tahun usia perkahwinan kami .
semoga kekal ke akhir hayat.
selebrate.. ?.. ermmm nak selebrate cam no.. anak beranak domam.... carry forward jer anti maser besday apak yer.. tu pon tak leh janji ... 

berlalu sudah...

alhamdulillah ...
selesai semua perkara yg amat penting dilakukan..
exam kpsl > amik 2 paper jer.. paper law jumpa tahun depan la.. cam x ready jer nak hambik. lg pon buku nan hado. maner nak study lagi. bahasa law kan lain. dah cuber sehabis baik. beserah dan bertawakal jer.. tunggu keputusan ujung tahun ni. harapnyer dengar ler perkabaran yg best.

next , dlm sibuk2 tu si tome tome plak demam teruk + batuk + cerry berry termasuk mama dier yg nak hambik exam ni... adeh... berganda2 la.... letih nyer.. exam ari tu pon aku x sempat study.. yg sempat belek2 kertas soalan jer.

pas tu, kiter sambung next entry plak....sambung keje jap