Thursday 31 May 2012

sekitar kursus ari senin dan selase ari tu

siler senggetkan kepala anda.. day 2 : bersama dr alvin.

jeng..jeng...jeng.. day 1

day 1: sesi perahan otak

day 1: cer teka beraper umur dier.. agak2 nyer dah kawin ker belum...


day 1: thanks emilia...banyak petua2 yg telah dikongsi bersama..  nah.. terima hadiah dari mqa.. kenaper plak aku yg kene bagi kat penceramah.. tu kene tanyer urusetia[mohd zul].. yg pati aku bukan giler glam.. bak kater paiz...



Wednesday 30 May 2012

Salah Satu Penambahbaikan Sistem Saraan Baru Perjawatan Awam

CEUPACS minta kaji gaji pembantu tadbir
Oleh Syed Azwan Syed Ali

2012/05/30
KUALA LUMPUR: CUEPACS mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula selain membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42.

Cadangan itu bagi membolehkan kenaikan kerjaya dan pangkat lebih luas kepada 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan.
CUEPACS juga mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan sistem saraan baru perjawatan awam yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Katanya, kajian gred kelompok kakitangan kerajaan itu perlu dilakukan sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat.
“Cadangan sebenar (gred minimum) dibincang pada 12 hingga 14 Jun ini dalam bengkel semakan skim gred gaji penjawat awam anjuran CUEPACS di Muar, Johor.
“Cadangan dibawa kepada suruhanjaya yang akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-16 Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan (KEPTAN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Omar berkata, kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan.
“Gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula,” katanya.
Katanya, kenaikan gred bersepadu memberi mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa perlu merujuk kepada kelulusan akademik.
“Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak,” katanya

Friday 25 May 2012

Bulan Ketiga Minggu Kesembilan

alhamdullillah... 3 bulan sudah.. lepas sudah tahap2 kritikal yg sebelum ni tak penah aku rase...
sgt berlainan kali ni. mungkin faktor umur.... ataupon tidak cukup rest.. aper2 pon.. sikit minggu lagi aku akan kene tendang plak.....

mengikut majalan pa&ma:
Perkembangan janin : organ genital jelas kelihatan.
Perkembangan ibu   :Arelola mammae kelihatan lebih gelap.
kenyataannya          : perut aku semakin membesar dan mula menerima pertanyaan .. :)

aku suker sgt statement ini .... :)

4 cadangan CUEPACS - Hargai 630,000 penjawat wanita choo@bharian.com.my 2012/05/25
-Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga
-Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya
-Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh
-Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat

 KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang.
Kesatuan itu mencadangkan mereka bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga dan kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya. Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam. Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata mereka perlu diberi kemudahan itu kerana hospital kerajaan selalu padat dan menjadi tumpuan semua peringkat rakyat serta pendatang asing. 
“Ketika ini, penjawat awam yang mendapatkan rawatan di hospital swasta perlu menanggung sendiri kos atau menggunakan polisi insurans peribadi. Kerajaan hanya menanggung sepenuhnya kos bersalin di hospital kerajaan.
 “Penjawat awam wanita juga harus diberi cuti bersalin selama tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh untuk menyuntik motivasi ke arah mencapai sasaran 70 juta penduduk Malaysia.
 “Kini tidak ramai yang minat menambah bilangan anak kerana beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika bersalin lebih daripada lima, mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji,” katanya kepada Berita Harian.
 Selain itu, CUEPACS meminta kerajaan memperluaskan cuti tanpa rekod 14 hari setahun untuk urusan kecemasan keluarga terdekat, berbanding sekarang hanya untuk urusan mewakili negara atau negeri dalam program tertentu seperti bidang sukan.
 Omar berkata, semakan mendapati penjawat awam wanita lebih cepat menghabiskan cuti tahunan berbanding lelaki atas pelbagai urusan atau masalah keluarga, terutama mereka yang terpaksa menjaga anak sendirian kerana tinggal berjauhan dengan suami.
 “Apabila cuti habis, mereka terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji bagi urusan kecemasan seperti anak sakit. Masalah ini menjadi keluhan ramai kakitangan wanita dan sering dibangkitkan dalam dialog kami.
 “Oleh itu, amat wajar cuti tanpa rekod diperluaskan kepada urusan kecemasan membabitkan keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak, ibu bapa dan mentua dengan syarat cuti tahunan mereka sudah habis,” katanya.
 Ketika ini, kakitangan awam mendapat cuti tahunan antara 20 hingga 30 hari bergantung kepada gred perjawatan mereka.

Thursday 24 May 2012

KHAS UTK TATAPAN SUAMI AGAR LEBIH MENGERTI & MEMAHAMI ISTERINYA

JIKA seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahan lagi. Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan menyerahkan seluruh hati & hidupnya untukmu. Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi. Dia akan menjadi lemah!

Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh kasih sayang & pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu di sepanjang hidupmu walau di saat kau terpuruk terlalu dalam.

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakan pengabdiannya. Mungkin, kerana perbuatanmu, kau merosak kehidupannya. Saat dia menangis di hadapanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat & kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Disebalik KELEMBUTANnya, dia memilik KEKUATAN yang begitu dahsyat. TUTUR KATAnya merupakan KEBENARAN. SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi suami & anak-anaknya.

sejuk perut ibu mengandung..

waktu kejadian : 0615, 240512, 
aksi selepas balik surau ...


Wednesday 23 May 2012

sungguh mengelikan hati...

aku tima satu call dari satu ipts ni la kan.... dier nak tanyer pasal status program yg dier.. check punyer check dlm data , telah diagih ke bhg. dgn kater lain.. aku pon tak tau ler saper officer yg incharge utk program tu.
kabor kan balik kat pemanggil tu minta call balik dlm this friday .. aku agak dlm beberaper ari ni dpt ler tau saper empunyer fail tu. pas tu boleh plak si pemanggil tu kabo kat aku.. kalo boleh bagi ler kat oficer yg baik2.. aku punnyer gelak bagi nak rak.. org tu pon samer gelak besar... sgt kelako statement dier.. so far bhg aku ader 2 peg yg dah terima program dr ipt ni dan dua2 pegawai tu baik2 jer...
ghuper2 nyer fail tu dpt kat en. idris .. aku kabor kat en. idris.. join gelak skali dier..
sungguh melawakkan la kekadang ipt ni... so the moral of the story.. kalo kiter ikhlas buat keje.. mesti kiter rase happy sgt dpt tolong org lain kan...

:)

Tuesday 22 May 2012

kembali sudahhh

syukur alhamdulillah.. telah lepas tahap kritikal.... kini telah 2 bulan.. dah boleh makan nasi balik..
kaedahnyer.. la ni tak ble lapar plak.. adeh...
last weekend baru ble kemas umah.. tu pon baru bhg depan...

aper lagi.. sonot ler si tome tome ni bergelimpangan kat atas lantai ...

x hengat biler amik gambo ni... tapi si tome tome ni mmg tak le jumpa dgn incik teddy.. sgt suker gigit kaki incik teddy ni...


Thursday 17 May 2012

kemalasan tahap dewa

ini serius...
tak dapat aku nak sangkal..
nak buat minit mesy. pon makan bulan
pade hal bukan banyak yg nak kene hupdate..

adeh.. puas sudah ku tolak kemalasan ini.. tapi makin bertambah plak.
harapnyer perangai buruk ni tak lamer.. amin !

Wednesday 16 May 2012

alahan

mengandung kali ni agak teruk gak alahan yg aku terima.. bermula dgn demam nyer... dan sehingga ke hari ni, asal ptg jer aku mual yg teramat sgt.. muntah jer belum lagi..kalo ikutkan ati mmg tak larat nak drive balik.. tapiku gagahkan jugak. demi si tome tome bertiga tu ... samapai umah..katil tempat pertama aku tuju. agak2 dah lepas 1/2 jam baru le gerak balik...
huuu kali ni la baru aku merasa alahan .. kalo dulu.. pantang jumpa makanan .. aku sebat jer..
la ni pandang nasi je mual... kritikal ni....

mlm tadi pon aku ble telan sup cambell dgn roti gardenia jer....

alhamdullilah .. aku masih lagi mampu g keje walaupon simtom malas tu ditahap palingggggg atas....

Monday 14 May 2012

14 Mei 2012 -minggu ke 7

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

sumber: majalah pa&ma

jgn tak cayo

yer... 6 mei 2012 bersamaan hari ahad... bawa adham g kinik.. si tome tome demam panazzz. dgn bergelen2 air liur nyer.. so aku pon amik kesempatan buat UPT.... sekali positif daaaa...ikut perkiraan dok tu dah 6 minggu.. cam tak cayo jer... sakit bersalin adham dulu pon tak abis lagi .. tak per la ..dah rejeki.. ku terima .dan ini yg terakhir. kompom terakhir coz ni ler cuti bersalin ku yg terakhir....
memandangkan ini kelahiran yang terakhir aku.. insyallah.. kalo ado tu rejeki jugak namernyer...
akan ku blog kan jalan penceritaan sepanjang kehamilan kali ini.

Tarikh Bersalin:28/12/2012
Gerakan Pertama :27/7/2012
Degupan Jantung Yang Pertama:4/5/2012
sumber:majalah pa&ma