Monday 28 November 2011

1 muharam 1433

salam maal hijrah untuk semuaa...
masing - masing mempunyai impian yang baru, namun tercapaikah impian terdahulu.. bg aku... dulu kini dan selamanya.. impian ku cuma satu.. membesarkan anak2 ku dengan penuh kasih sayang serta memberi pelajaran yang terbaik kepada mereka. almaklumla.. mama ngan papa diaorg ni aper la sgt.. setakat kuli2 jer..
namun aper yg pasti anak2 ku itu akan menjadi 'some body' dimasa hadapan. amin....

dlm masa yg sama.. pada tarikh ini juga aiman n' ammar dikhatankan... sudah bujang itu bebudak... [akan diceritakan di next n3]

BUAT TEMAN- TEMAN,

> SEMOGA APER YANG ANDA KALI IMPIKAN AKAN TERCAPAI....
> SEMOGA KALIAN SEMUA DIJADIKAN INSAN YG SOLEH/SOLEHAH
> SEMOGA ANDA SEMUA DILIMPAHI RAHMAT DARINYA
>  AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

Wednesday 23 November 2011

trainer ?

jeng..jeng..jeng.. apakah maksud entri kali ini...
pernah kah anda dengar iklan di radio berkenaan pesta tarian cuti2 satu m'sia...
ha.. kali ni aku join ... [jgn terkezut].. kali pertama join terus jadi trainer.. [kelas mak nyahhh !]
g bengkel train the trainer tu ari jumaat bersamaan 11/11/11... [cantik kan tarikh tu ] kat dewan sri seroja, putrajaya...habis satu badan aku sakit. maner tak nyer.. satu ari dok ngadap bende tu jer... jom layanzzzz pic di bawah...


antik kan!.. pernah tengok tak botol mineral ni... yg ni cap seamaster
  

Tuesday 22 November 2011

Produk Tadika Nurul Iman...... terrrbaik !...181111

 tiada kata untuk dilafazkan... biar gambar menjelaskan segala-galanya..... layanzzz











tadaaaa hadiah dr papanyer... dpt pelajar cemerlang a.k.a. no. 1 dlm kelas ...


Tuesday 15 November 2011

Buat lelaki yang bergelar suami........

Di saat anda melafazkan "aku terima nikahnya......", ingatlah :

~ isterimu itu perlu dikasihi, bukan dikasari
~ isterimu itu perlu disayangi, bukan disakiti
~ isterimu itu perlu dihargai, bukan dikhianati
~ isterimu itu perlu dihormati, bukan dipijak sesuka hati
~ isterimu itu perlu dilindungi, bukan dibelasah kalau tak puas hati
~ isterimu itu perlu dididik, bukan untuk ditengking herdik
~ isterimu itu perlu diingatkan tapi bukan dengan ugutan
~ isterimu itu AMANAH, bukan untuk disumpah seranah

berilah dia cinta yang ikhlas, dia akan berbakti kepadamu tanpa mohon dibalas
berilah dia kasih dan sayang, dia akan bersamamu di saat susah dan senang
berilah dia penghargaan, dia akan memberimu penghormatan
berilah dia bahagia , dia akan berusaha membuatkan kamu gembira
berilah dia hak yang sepatutnya, pasti rezekimu berganda-ganda
berilah dia DIDIKAN AGAMA, dia akan membawamu ke SYURGA

Wanita yang kamu nikahi itu..... lembut hatinya
janganlah keegoanmu menyebabkan isterimu berubah perilaku
andai kau menjaganya dengan penuh wibawa
dia akan bersamamu hingga ke hujung nyawa.....

berkahwin itu sunnah, mahligai kasih yang indah
ada waktu tergigit lidah......
mengadulah kepadaNya segala resah dan gundah
jangan jadikan isterimu tempat melepas segala masalah
diapun manusia biasa......rapuh dan lemah.......
Engkaulah penguatnya......tapi bila kau biarkan dia tanpa arah
tanpa bimbingan, tanpa didikan, yang kau tahu cuma memerintah
bagaimana dia dapat menjadi isteri yang setia?
sedang engkau terlalu ego untuk melihat ke dalam matanya
berkongsi segala duka dan lara dihatinya
akhirnya, jadilah dia isteri yang dendamnya sentiasa membara
kelak mahligaimu  bertukar menjadi neraka dunia

Duhai lelaki ibarat mentari
jadilah dikau kekasih sejati, suami mithali
tawan hatinya dengan wibawa seorang menteri
didik isterimu seikhlas hati penuh berseni
pimpin tangannya, tunjukkan jalan yg diredhai
percayalah........dia kan taat berbakti seperti bidadari..................


Monday 14 November 2011

taaaa...daa...!

< tetiber ader bende ni kat atas meja opis.. siapakah gerangan yg memberi nyer...

1/2 jam kemudian... ader org call.. ruper2 nyer incik rafizi yg bagi .. hadiah KKMQA 2011...

10q very much.....

Thursday 3 November 2011

gudbye 29 ..welcome 30

tarikh keramat : 29 Oktober

tahun ni dapat ...............................dari en. hubby.. tq dear !

HTC Desire

akhirnya...

at last... dpt gak buat blog baru....

sharing is caring


Tip untuk berjaya dalam pekerjaan


Apakah cara terbaik untuk sampai ke kemuncak kerjaya dengan cepat dan berkesan? Salah satui caranya ialah dgn memenangi hati bos anda. Berikut adalah cara2 yang boleh diguna pakai untuk memennagi hati bos anda…
  • Bertanya khabar tentang keluarga bos anda – bukan sebagai ‘Busy body’ tapi bos anda akan rasa dihargai sekiranya anda turut sama mengambil berat tentang sakit pening atau masalah keluarganya sekiranya dia ada menyentuh tentang hal keluarganya ketika berbual dgn anda.

  • Mempunyai minat yang sama dgn bos anda – Anda boleh meluangkan masa bersama sama bos anda, sekiranya anda mempunyai minat yang sama dgnnya seperti main bowling dan sebagainya.

  • Pelawa bos anda minum atau makan bersama. Jgn salah paham ye … bukan dating… tapi dengan bertanya sama ada dia mahu mengirim membeli makanan ketika anda mahu keluar makan. Boleh juga menceritakan tentang keenakan makanan di restoran2 yang belum dicubanya.

  • Buah Tangan- Ni takyah bagi tahu pun tak pe. Sume org faham. Ole-oleh sekiranya anda pergi melancong atas bekerja di luar kawasan.

  • Hindari pergaulan yang terlalu formal dan mengikut protokol – Pergaulan yang formal akan menjarakkan hubungan baik anda dgn bos. Tapi ada tapinya, sebelum mengamalkan cara ini anda harus perhatikan sama ada Bos anda bukanlah seorang yang strict dan boleh dibuat kawan. Kerana pergaulan yang tidak formal boleh merapatkan hubungan antara bos dan pekerja kerana anda akan berinteraksi secara normal seperti kawan. Kadang kala anda boleh berlawak dengan nya dan pada masa yang sama anda masih menghormatinya sebagai orang atasan.

  • Jadilah pakar dalam segala hal- Ini perlu sekiranya wujud problem atau conflict di tempat kerja. Anda dapat mengatasinya dengan cemerlang. Sekiranya anda gagal mengatasinya, cuba cari solution dengan bertanyakan kepada mereka yang lebih arif tentang perkara itu.

pembelajaran baru

nak tau aper... cer lihat kat tepi blog tu dgn kat bhg bawah blog ni .. dah ader iklan.. iklan tu akan memberi pendapat kepada empunyer blog.. aper tunggu lagi.. kasi klik arrr .. tanda anda menyokong..  lakukan sekarang ! :)